Penilaian Pertengahan Tahun 2014- Sejarah Tingkatan 1
Bahagian A (60 markah)
Arahan: Semua soalan diikuti oleh empat pilihan. Pilih satu jawapan yang betul.
1. Apakah pengertian sejarah?
A. Peristiwa yang hebat dan luar biasa.
B. Sesuatu yang dirancang oleh seseorang individu.
C. Penyelidikan terhadap perkara yang telah berlaku.
D. Peristiwa silam yang telah berlaku dan tidak dapat dilupakan.
2. Petak 1 merujuk kepada ciri-ciri sejarah.
Ciri-ciri sejarah
|
· Penting dan bermakna
· X
· Sebab dan akibat
|
Petak 1
Apakah X?
A. Fakta yang tepat dan benar
B. Peristiwa yang memberi kesan
C. Melibatkan persoalan apa, siapa, bila, dan bagaimana
D. Peristiwa, tempat, tokoh, dan tarikh yang ditokok tambah
3. Mengapakah sumber sejarah berikut diklasifikasikan sebagai sumber primer?
· Manuskrip
· Batu bersurat
|
A. Bersifat asli
B. Dikaji oleh sejarawan
C. Melibatkan kajian saintifik
D. Tidak boleh ditokok tambah
4. Apakah kepentingan mempelajari sejarah kepada generasi muda Malaysia?
A. Membentuk jiwa murni
B. Menyemai budi pekerti mulia
C. Memupuk semangat patriotisme
D. Melahirkan warganegara berwawasan
5. Apakah gelaran yang diberikan kepada tokoh tersebut?
Tunku Abdul Rahman
|
A. Bapa Perpaduan
B. Bapa Pemodenan
C. Bapa Pembangunan
D. Bapa Kemerdekaan
6. Carta alir berikut menunjukkan Zaman Prasejarah yang dialami oleh Malaysia. Apakah X?
Paleolitik- X- Logam
A. Besi
B. Neolitik
C. Mesolitik
D. Batu Tengah
7. Senarai berikut berkaitan masyarakat Zaman Paleolitik.
· Hidup berpindah randah
· Mengamalkan cara hidup sara diri
Apakah kepercayaan masyarakat tersebut?
A. Hindu
B. Buddha
C. Animisme
D. Tiada kepercayaan
Manusia Perak ialah rangka manusia Zaman X yang ditemui melalui kaedah Y.
8. Apakah X dan Y?
X
|
Y
| |
A
|
Paleolitik
|
Arkeologi
|
B
|
Mesolitik
|
Saintifik
|
C
|
Neolitik
|
Gali cari
|
D
|
Logam
|
Maritim
|
9. Apakah tapak ekskavasi yang boleh dikaitkan dengan penemuan rangka manusia berikut?
A. Gua Niah
B. Tingkayu
C. Kota Tampan
D. Gua Gunung Runtuh
10. Jika anda ingin membuat kajian tentang penempatan masyarakat Zaman Neolitik, anda hendaklah membuat kajian di
I. Gua Niah, Sarawak
II. Gua Cha, Kelantan
III. Bukit Tengkorak, Sabah
IV. Sungai Langat, Selangor
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
11. Apakah kegunaan peralatan berikut?
Zaman Prasejarah
|
Peralatan
|
Zaman Neolitik
|
Beliung
|
A. Menanam padi
B. Membina rumah
C. Mengetam kayu
D. Memburu binatang
12. Pemerintah kerajaan Angkor telah membina baray untuk kemudahan system pertaniannya. Apakah kesan tindakan tersebut?
A. Mengatasi masalah banjir
B. Meningkatkan hasil pertanian
C. Memperkenalkan tanaman baru
D. Menjadi jalan perhubungan utama
13. Apakah kerajaan yang boleh dikaitkan dengan senarai berikut?
· Manik dari India
· Penemuan wang Perak
· Barang kaca dari Timur Tengah
|
A. Majapahit
B. Johor-Riau
C. Kedah Tua
D. Melayu Melaka
14. Senarai berikut berkaitan kerajaan awal.
· Melaksanakan Undang-undang Manu.
· Mencapai kegemilangan semasa pemerintahan Hayam Wuruk.
|
Apakah kerajaan tersebut?
A. Chih-Tu
B. Srivijaya
C. Majapahit
D. Kedah Tua
15. Mengapakah Parameswara melarikan diri dari Palembang?
A. Diburu oleh askar Majapahit
B. Mengelak daripada perang saudara
C. Diusir oleh pemerintah Palembang
D. Meminta bantuan daripada kerajaan Siam
16. Apakah bahasa Sanskrit yang boleh dikaitkan dengan asal usul nama Melaka?
A. Malakat
B. Mulaqah
C. Amalaka
D. Malaysiana
17. Rajah 1 menunjukkan tindakan Parameswara untuk melancarkan system pemerintahannya.
Jawatan yang diperkenalkan oleh Parameswara
X dan Biduanda Kecil
Apakah X?
A. Bentara
B. Bendahari
C. Penghulu
D. Gabenor
18. Apakah peranan orang Laut semasa pemerintahan Parameswara?
i. Menjadi pembesar di istana
ii. Menjaga keselamatan perairan Melaka
iii. Membekalkan hasil laut di pelabuhan Melaka
iv. Menjalinkan hubungan dengan kerajaan China
A. I dan ii
B. I dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan iv
19. Jadual 1 menunjukkan tugas Pembesar Berempat semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
Pembesar Berempat
|
Tugas
|
Bendahara
|
Menteri utama
|
Laksamana
|
Ketua angkatan laut
|
Temenggung
|
X
|
Jadual 1
Apakah X?
A. Ketua duta
B. Ketua hakim
C. Ketua urusetia istana
D. Ketua polis dan penjara
20. Apakah kelebihan bentuk bentuk muka bumi Melaka yang berbukit-bukau?
A. Membekalkan hasil hutan
B. Mengatasi ancaman lanun
C. Mengelakkan tiupan angina egara
D. Menjadi petunjuk kepada pedagang untuk belayar
21. Dialog berikut mungkin berlaku dalam kalangan pedagang asing di pelabuhan Melaka?
Pedagang A: Saya dikenakan cukai sebanyak 6%.
Pedagang B: Saya tidak dikenakan cukai tetapi perlu memberi hadiah kepada sultan
dan pembesar Melaka.
Pedagang B mungkin berasal dari
A. Pegu
B. India
C. Jepun
D. Tanah Arab
22. Apakah kerajaan serantau yang mempunyai kedudukan setaraf dengan kerajaan Melaka?
A. Siak
B. Pasai
C. Jambi
D. Palembang
23. Bagaimanakah hubungan dengan Gujerat?
A. Sukarela
B. Penaklukan
C. Pedagangan
D. Perkahwinan
24. Apakah kepentingan kerajaan Melaka dengan Siam?
A. Membekalkan beras
B. Mengelakkan serangan
C. Mendapat perlindungan
D. Menarik kedatangan pedagang
25. Apakah hikayat Melayu yang dihasilkan semasa Kegemilangan Kerajaan Melaka?
A. Hikayat Hang Tuah
B. Hikayat Bulan Belah
C. Hikayat Iskandar Zulkarnain
D. Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
26. Mengapakah Sultan Alauddin Riayat Shah mengambil tindakan berikut?
Baginda sangat mengambil berat tentang keamanan dan keselamatan negeri dan menyamar sebagai rakyat biasa untuk membanteras jenayah.
A. Tidak mempercayai hulubalangnya
B. Kejadian kecurian berleluasa di Melaka
C. Menarik perhatian pembesar dan rakyat Melaka
D. Menumpukan perhatian kepada dasar perluasan kuasa
27. Mengapakah Tun Perak mengarahkan semua askar Melaka menggunakan perahu kecil semasa menyerang Siam pada tahun 1445?
A. Menjamin keselamatan keluarga
B. Mengeratkan hubungan keluarga
C. Menyukarkan pihak Siam untuk mengejar
D. Menaikkan semangat tenteranya untuk mempertahankan Melaka
28. Monolog berikut diucapkan oleh Bendahara Tun Perak semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah?
“Adat hamba Melayu tidak pernah derhaka, tetapi akan kita bertuankan seorang ini, janganlah”.
Apakah kesan tindakan tokoh berikut?
A. Berpeluang merampas kuasa
B. Mengekalkan keamanan di Melaka
C. Menerima hukuman daripada Sultan Melaka
D. Jawatannya sebagai bendahara Melaka dilucutkan
29. Apakah egara yang menyebabkan keadaan politik Melaka tidak stabil?
A. Peperangan merebut kuasa
B. Campur tangan politik dari luar
C. Amalan pilih kasih pemimpinnya
D. Perebutan takhta kerajaan Melaka
30. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa penaklukan Portugis ke atas Melaka?
A. Keyakinan dalam tindakan
B. Kerjasama dengan kuasa asing
C. Kegigihan menghadapi cabaran
D. Keberanian mempertahankan bangsa dan negara
Penilaian Pertengahan Tahun- Sejarah Tingkatan 1
Bahagian B (40 markah)
Arahan: Jawab semua soalan.
A. Berikan jawapan yang tepat dan ringkas. (16 markah)
1. Maklumat dari kaedah lisan diperoleh terus daripada responden melalui
(i) ______________________________
(ii) ______________________________
(iii) ______________________________
2. Kaedah lisan berkait rapat dengan tradisi sastera rakyat iaitu
(i) ______________________________
(ii) ______________________________
(iii) ______________________________
3. Mengapakah sejarawan perlu membuat pemilihan dan pentafsiran terhadap fakta yang diperoleh menggunakan kaedah lisan?
Kerana wujudnya tokok tambah yang bercampur dengan unsur
(i) ______________________________
(ii) ______________________________
(iii) ______________________________
4. Senaraikan contoh alat pandang dengar:
(i) ______________________________
(ii) ______________________________
(iii) ______________________________
5. Lengkapkan maklumat dalam rajah itu.
B. Bandingkan ciri-ciri kerajaan agrarian dengan kerajaan maritim. (9 markah)
Kerajaan Agraria
|
Ciri-ciri
|
Kerajaan Maritim
|
(a)
|
(d)
|
(g)
|
(b)
|
(e)
|
(h)
|
(c)
|
(f)
|
(i)
|
C. Nyatakan peranan Pembesar Berempat dalam sistem pemerintahan Melaka. (4 markah)
Bendahara
| |
Penghulu Bendahari
| |
Temenggung
| |
Laksamana
|
D. Lengkapkan rajah berikut. (11 markah)
FFaktor Melaka Menjadi Pelabuhan Entrepot (11 cabang)
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
SOALAN TAMAT
No comments:
Post a Comment