Tuesday, 15 July 2014

Penilaian Bulanan 1 2014 _Edit

Soalan 1 (B1D1E3/ 2 markah)
Nyatakan pemimpin yang dimaksudkan berdasarkan pernytaan yang diberi.
Nama Pemimpin
Pernyataan

Berundur ke Kangar setelah menerima ancaman daripada Bugis dan berusaha mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Firma Jourdain Sullivan and De Souza untuk menentang Bugis bagi mengembalikan kedaulatan Kedah.

Mendapatkan bantuan tentera daripada SHTI dengan menawarkan Pulau Pinang sekiranya SHTI sanggup melindungi Kedah daripada ancaman Siam yang telah menggugat kedaulatan negeri.


Soalan 2 (B2D1E1/ 8 markah)
Isikan tempat kosong di bawah dengan jawapan yang betul.
1.      SHTI memerlukan __________  dengan negara China kerana mendapatkan pasaran yang baik di Eropah.
2.      Negara China pula memerlukan emas, perak, _______ dan lada hitam dari Kepulauan Melayu.
3.      Pulau Pinang dijadikan sebagai pusat _________________________ bagi memudahkan pertukaran barangan dilakukan.
4.      Pelabuhan Pulau Pinang sesuai digunakan sebagai pelabuhan __________ kerana dapat menyediakan bekalan air, makanan, dan kemudahan membaiki kapal.
5.      Pelabuahan Pulau Pinang juga sesuai dijadikan temapat untuk berlindung semasa menunggu peralihan __________.
6.      Pulau Pinang sesuai digunakan sebagai pangkalan __________ di Kepulauan Melayu.
7.      Pangkalan tentera ini penting kepada pihak British bagi mempertahankan petempatnya __________ daripada serangan Perancis.
8.      Kedudukan Pulau Pinang yang strategik di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dengan __________ dapat memenuhi semua keperluan British.


Soalan 3 (B5D1E1/ 8 markah)
Jawab soalan-soalan berikut.
1.      Mengapakah SHTI sangat berminat untuk menguasai Pulau Pinang?

2.      Mengapakah dikatakan bahawa kedudukan Pulau Pinang yang strategik sesuai dijadikan pangkalan British di Kepulauan Melayu?

3.      Apakah kelebihan pelabuhan Pulau Pinang sehingga SHTI berhasrat untuk menjadikan pelabuhan tersebut sebagai pelabuhan persinggahan?

4.      Mengapakah Pulau Pinang dianggap sesuai untuk dijadikan pusat pengumpulan barang oleh SHTI?


Soalan 4 (B2D1E1/ 3 markah)
Gariskan jawapan yang betul.
1.      Pada awal abad ke-19, Singapura merupakan sebahagian daripada wilayah kekuasaan [ Melaka / Johor ].
2.      Kegagalan [ Pulau Pinang / Seberang Perai ] berkembang maju menyebabkan SHTI berusaha untuk mencari pangkalan baru.
3.      Raffles mencadangkan supaya SHTI mendirikan sebuah pangkalan baru di [ Singapura / Pulau Pinang ].



Soalan 5 (B5D1E1/ 5 markah)
Jawab soalan-soalan berikut.
1.      Apakah faktor yang mendorong SHTI mendirikan pangkalan baru di Singapura?

2.      Mengapakah dikatakan bahawa Singapura mempunyai kedudukan yang strategik?

3.      Bagaimanakah cara Raffles mendapatkan Singapura?


Soalan 6 (B4D1E1/ 12 markah)
Lengkapkan rajah di bawah dengan membandingkan cara SHTI mengambil wilayah-wilayah tersebut.
1.      Pulau Pinang

2.      Singapura

3.      Melaka





Soalan7(B1D1E4/ 4 markah)
Namakan Negeri-Negeri Melayu yang mengalami ketidakstabilan politik berdasarkah jata negeri berikut.

Lengkapkan jadual di bawah.
Campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu
Negeri
Sebab
Pemimpin
Kesan
Perak








i.
ii.

Selangor







i.
ii.

Pahang







i.
ii.

Negeri Sembilan







i.
ii.





Soalan 8 (B5D1E2/ 13 markah)
Jawab semua soalan.
Soalan
Jawapan
Apakah faktor utama menyebabkan British campur tangan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang?


Apakah kesan yang berlaku berikutan tindakan Raja Abdullah meminta bantuan British untuk mengiktiraf beliau sebagai Sultan Perak?


Apakah alas an yang diberikan oleh British untuk menguasai Selangor?



Mengapakah Dato’Bandar menentang dan tidak mengiktiraf Dato’Kelana dan apakah kesan yang diterima berikutan tindaka yang diambil?

Apakah tindakan yang dilakukan oleh Sultan Ahmad dalam  menyekat perluasan pengaruh British di Pahang dan mengapakah tindakan tersebut tidak disegani oleh British?

Apakah kesimpulan yang dapat diambil berdasarkan tindakan pemimpin-pemimpin di Negeri Melayu dalam menghadapi perluasan kuasa British? (3 markah)


=SELAMAT MENJAWAB=








No comments:

Post a Comment

Do you like our web page design?